Sunday, July 31, 2011

Seks tanpa payu dara

Soalan
SAYA banyak membaca artikel mengenai wanita takut kehilangan payu dara lebih-lebih lagi apabila mereka disahkan menghidap kanser payu dara. Perkara ini menyebabkan mereka takut untuk berjumpa doktor walaupun merasakan ada ketumbuhan kecil. Saya ingin bertanya, jika wanita kehilangan payu dara, adakah fungsi atau rangsangan seks mereka juga akan hilang?

Jawapan
Memang tepat sekali, payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan juga sebagai daya tarikan seksual. Sebab itulah seseorang wanita amat gusar jika mereka merasakan ada ketumbuhan kecil pada payu dara mereka. Mereka takut akan kehilangan payu dara jika benar menghidap kanser. Keputusan untuk membuang payu dara bergantung kepada saiz kanser dan saiz payu dara. Jika kanser sudah besar tetapi payu dara juga besar, maka bentuk payu dara yang asal masih dapat dikekalkan selepas pembedahan. Tetapi jika kanser besar dan payu dara kecil, terpaksalah dibuang sepenuhnya payu dara itu bagi mengelakkan ia merebak ke organ lain. 

Saya mengharap seseorang wanita tidak sepatutnya menganggap semua ketulan yang dirasai adalah kanser. Kebanyakan ketulan di payu dara bukanlah kanser. Ia disebabkan oleh masalah lain seperti fibroadenoma, fibroadenosis, nekrosis lemak, sista dan sebagainya. Cepat-cepat berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan penyiasatan. Dengan itu perawatan yang sewajarnya dapat diberikan mengikut diagnosis masing-masing.
Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Untuk pengetahuan anda, otak adalah organ seks yang paling utama.

 Payu dara dan organ kelamin bukanlah organ seks yang utama. Jadi jika seseorang wanita kehilangan payu dara, fungsi dan rangsangan seks mereka masih wujud. Pemikiran yang tenang dan selesa akan memberikan hubungan seks yang baik. Bau busuk dan ketidakselesaan hanya memadam api ghairah dan kehendak mana-mana pasangan. Semua itu berpunca daripada pemikiran. Bau yang harum, wangi, kulit yang bersih dan persediaan menjaga kebersihan mampu membuat pemikiran berfikiran lebih jauh dan seksi, malah menjadi ghairah. Ghairah yang dibangkit dengan perlahan dan semula jadi akan menghasilkan libido (nafsu seks) yang hebat. Oleh itu ingatlah, organ seks yang penting dalam hubungan seks adalah otak.

Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan


APRILIA sebenarnya bukannya satu jenama motosikal baharu di negara ini. Pengedaran jenama gah itu dalam pasaran tempatan sudah bermula sekitar tahun 2004. Namun, perjalanan jenama tersebut ibarat layang-layang putus talinya.
Untuk menghidupkan semula suatu jenama yang sudah 'terkubur' bukannya tugas mudah. Ditambah pula untuk mendapat semula kepercayaan pelanggan. Ini cabaran yang dihadapi pengedar baharu jenama Aprilia di Malaysia iaitu Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira).
“Sewaktu Kumpulan Naza memutuskan untuk mendapat hak pengedaran Aprilia, kami sedar akan cabarannya. Jenama ini secara praktikalnya tidak lagi bernyawa di Malaysia,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.
Naza Premira merupakan anak syarikat Kumpulan Naza. Hak pengedaran Aprilia diperoleh menerusi pemeteraian satu perjanjian bersama Piaggio Group pada bulan Mei 2010.
Selain Aprilia, Naza Premira turut diberikan hak pengedaran jenama Piaggio, Gilera dan Vespa. Piaggio Group memiliki rangkaian produk jenama Piaggio, Vespa, Gilera, Aprilia, Moto Guzzi, Derbi dan Scrabble.
Sejak Disember 2010, enam model Aprilia telah diperkenalkan dalam pasaran. Ia meliputi model RS125R, Shiver 750, Mana 850, Dorsoduro 750, RSV4R dan RSV4 Factory. Setiap model untuk segmen motosikal berlainan.
Sejauh mana kejayaan Aprilia masih terlalu awal untuk dinilai. Strategi harus tepat. Jika tidak, kecundanglah jawabnya. Naza Premira mengambil dua pendekatan logik. Keutamaan pelanggan dan penetapan harga kompetitif berbanding jentera buatan Jepun.
Dalam tempoh enam bulan sahaja, sebanyak 140 unit motosikal Aprilia sudah dijual. Pengedar sebelum Naza Premira hanya berjaya menjual sebanyak 110 unit Aprilia dalam tempoh dua tahun. Sedikit? Ini bukannya motosikal kapcai yang senang-senang sahaja mampu meraih jualan sebanyak 2,000 atau 4,000 unit sebulan.
Pertama di Asia
DORSODURO 1200 mencetuskan persaingan dalam segmen motard tempatan
Baru-baru ini, dua model baharu ditambah dalam rangkaian produk Aprilia. Apa lagi jika bukan model Tuono V4 APRC dan Dorsoduro 1200. Pujian harus diberikan kepada Naza Premira kerana berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Asia pertama yang melancarkan model Tuono V4 APRC.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh SM Faisal dan Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasific Pte. Ltd., Judah Sangaran. Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, Pengurus Besar Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Ketua Jualan dan Operasi Naza Premira, Idon Pang.
Spesifikasi
Model Tuono V4 APRC merupakan naked bike yang dilengkapi dengan enjin 16v V4 bersesaran 999.6cc. Enjin sama seperti jentera superbike RSV4 tetapi dengan talaan baharu. Antaranya ialah pemasaan injap baru, pengambilan trompet lebih panjang dan roda tenaga (flywheel) yang lebih berat.
Padanan transmisi enam gear diberikan. Tuono V4 APRC dikatakan mempunyai had putaran enjin mencecah 12,300 rpm. Meskipun begitu, ia mampu menghasilkan 165 kuasa kuda (hp) pada 11,500 rpm. Tork maksimum ialah 111.5Nm pada 9,500rpm. Kelajuan maksimum didakwa mampu melepasi paras 240 kilometer/sejam (km/j).
Untuk memberhentikan jentera seberat 183 kilogram (kg) itu, brek jenama Brembo diketengahkan. Roda hadapan dilengkapi dua set brek cakera berukuran 320 milimeter (mm) dengan empat omboh. Bahagian belakang mengguna pakai brek cakera berukuran 220 mm dan omboh berkembar.
Sistem suspensi Tuono V4 APRC menggunakan khidmat Sachs sepenuhnya. Bahagian hadapan menggunakan fork USD (upside-down fork) boleh laras 43mm, manakala penyerap hentak tunggal boleh laras dipadankan pada roda belakang.
PENYERAP hantak tunggal belakang berada pada bahagian kanan jentera.
Motosikal itu hadir bersama tiga mode pemetaan enjin iaitu Track, Sport dan Road. Mode Track membolehkan respon pendikit minyak menjadi lebih agresif. Sementara mode Sport untuk respons lebih lancar dengan kekangan tork berdasarkan gear. Ia juga dikenali sebagai mode ‘keseronokan maksimum’. Mod Roade pula menyalurkan respons pendikit minyak paling lembut dan ia sesuai untuk tunggangan dalam bandar atau di atas jalan yang basah.
Pesaingnya terdiri daripada Ducati Streetfighter S, KTM Super Duke R dan Triumph Speed Triple. Didatangkan dalam dua warna iaitu kuning dan hitam, jentera itu memiliki tangki petrol berkapasiti 17 liter. Ia dijangka ditawarkan pada harga RM93,000 seunit.
Dorsoduro 1200 pula mencetuskan keterujaan dalam segmen motosikal motard tempatan. Ia dipasang enjin 90 darjah V-twin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,197cc. Jentera motard itu dijana oleh kuasa sebanyak 130hp pada 8,700rpm. Tork maksimum ialah 115Nm @ 7,200rpm. Kelajuan maksimum dikatakan melepasi 200km/j.
Motosikal seberat 203 kilogram itu memiliki sistem suspensi sama seperti Tuono V4 APRC. Cuma penyerap hentak belakang ditempatkan di bahagian kanan. Sistem brek juga sama kecuali saiz cakera belakang yang lebih besar iaitu 240mm.
Tiga pemetaan enjin diberikan iaitu Sport, Touring dan Rain. Mode Sport memberikan akses pada kuasa penuh 130hp. Kuasa penuh dan keselesaaan dapat dirasai dalam mode Touring. Manakala mode Rain untuk jalan basah.

Harga dianggarkan RM79,000 seunit. Kedua-dua model tersebut diberi pakej penyelenggaraan selama tiga tahun.
Pelaburan RM600,000
Seiring dengan pelancaran dua jentera tersebut, majlis perasmian sebuah pusat pameran dan pusat 3S Aprilia di Jalan Raja Muda Aziz, Kampung Baru di Kuala Lumpur diadakan. Dengan keluasan 11,000 kaki persegi, premis tersebut membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM600,000.
Ia dilengkapi kemudahan lapan ruangan menyelenggara jentera, di samping peralatan dan kelengkapan untuk semua rangkaian motosikal Aprilia. Mekanik di sana sudah menerima latihan daripada Pusat Latihan Aprilia di Itali.
METER laju analog dan digital dipadankan pada Dorsoduro 1200.
Turut diperagakan ialah rangkaian model Vespa, Champion Corner dengan dua replika jentera perlumbaan RSV4 Factory dan RS125R. Tidak lama lagi, barisan model Piaggio dan Gillera turut akan dipamerkan.
Selain itu, aksesori, pakaian kasual dan perlumbaan untuk penunggang motosikal turut dijual. Pusat itu dibuka seawal 9 pagi sehingga 8 malam setiap hari.

Kematangan rekaan jentera kompak Toyota


DI antara Toyota Vios dan Yaris, ternyata Vios lebih laris. Puncanya mudah. Vios jauh lebih besar serta mampu milik berbanding Yaris yang diletakkan pada laras harga premium.
Harga RM90,000 untuk sebuah kereta kompak adalah mahal untuk golongan kebanyakan. Tambahan pula pelbagai opsyen model lain yang boleh dimiliki. Tetapi tidak untuk negara jiran yang menawarkan laras harga berbeza. Misalnya di Indonesia, Yaris lebih mudah dilihat di atas jalan raya berbanding di Malaysia.
Agaknya disebabkan harga premium itu jugalah Honda meletakkan harga yang super premium untuk Jazz. Akibatnya, model itu juga jarang-jarang dilihat dipandu di atas jalan raya.
Apa pun secara peribadinya, jika dibandingkan dengan Vios, saya lebih sukakan Yaris yang tampak lebih comel dengan gayaan Eropah. Harus tahu, Yaris direka di studio Toyota ED2 di Perancis, sementara Vios pula direka di Jepun.
Kini, Yaris sudah masuk generasi ketiga. Ia merupakan jelmaan Toyota Vitz yang dilancarkan di Jepun pada penghujung tahun lalu. Yaris baru tampil dengan rekaan yang lebih berani, tajam dan dinamik tanpa menyingkirkan prinsip asalnya iaitu kompak pada luaran, luas pada dalaman. Prinsip itu menjadi pegangan utama sejak model generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1999.
Dezi Nagaza, ketua pereka Toyota menggambarkan Yaris baru dengan luaran yang lebih menyerlah. Misalnya, bahagian depan serba baru dengan gabungan lampu horizontal dan nipis, selain ruang pengambilan udara yang dalam dan rendah. Ini sekali gus menggambarkan Yaris sebagai sebuah kereta dengan posisi yang lebar dan bergraviti rendah.
Pada profail sisi, garis bahu seperti Yaris generasi kedua masih dikekalkan. Cuma kali ini ia lebih curam. Manakala bentuk Y yang merupakan signatur Yaris pula diubah bagi menyesuaikan dengan konsep baru generasi ketiga ini. Perincian lain yang dibuat ialah lampu sukuan yang lebih besar, manakala tiang A dianjakkan ke depan seterusnya menjadikan cermin hadapan lebih kurus dan curam.
Tingkap belakang pula rata menggunakan cermin tunggal tanpa pembahagi. Hasilnya, sisi kereta tampak lebih ringkas dan kemas. Pengunjuran (overhang) depan dan belakang yang lebih pendek, peningkatan 50mm pada jarak titik roda serta arca roda yang lebih menonjol pula memberikan Yaris imej yang lebih sporty. Secara keseluruhan, Yaris baru 100 milimeter (mm) lebih panjang daripada model sebelumnya.
Walaupun begitu, radius pusingannya kekal pada 4.7 meter. Lebar Yaris baru tidak berubah, tetapi pengurangan tinggi sebanyak 20mm kepada 1,510mm menyumbang kepada penampilan kereta yang lebih rendah manakala pekali seretannya (Cd) adalah 0.287.
Peralatan dalaman turut menerima banyak perubahan segar dan moden dengan matlamat menjadikannya sebagai ruang kokpit untuk pemandu. Meter yang diposisikan pada tengah papan pemuka pada model sebelumnya dipindahkan ke belakang stereng. Ia selari dengan garisan mata pemandu dengan sudut yang lebih tegak bagi membantu posisi pemanduan lebih meyakinkan.
Garisan horizontal yang keras pada papan pemuka pula memberi efek kelebaran kabin iaitu 30mm daripada model sebelumnya. Untuk model paling premium, bumbung panorama pula dipasang sebagai peralatan standard. Bagi menambah keluasan, bahagian belakang kerusi depan dinipiskan, seterusnya memberi lebih ruang untuk penumpang belakang dengan luas sebanyak 645mm.
Idea serupa turut diguna pakai pada kerusi belakang, menjadikan kedalaman ruang kargo kepada 710mm. Luas kapasiti kargo pula adalah sebanyak 347 liter dan 768 liter apabila kerusi dibaringkan. Bagi menjadikan mobiliti memasukkan barang lebih mudah, bonet belakangnya 20mm lebih lebar daripada model generasi kedua.
Kereta sebegini adalah kepakaran Toyota. Versatil, mesra pengguna dan paling penting payah untuk rosak. Harganya jualan semula pula tidaklah securam air terjun, malahan sangat stabil.
Biarpun rekaan sesetengah model massa Toyota tidaklah menarik mana bahkan dianggap sebagai membosankan, namun itu tetap tidak menghalang jualan tinggi yang dicatat setiap bulan.
Jualan Vios langsung tidak boleh disaingi oleh Honda City, walaupun model itu nampak lebih menarik dan sesuai untuk orang muda. Jika dirujuk dalam Wikipedia, Vios baru digelar sebagai Dugong tetapi persepsi itu tidak menghalang orang ramai daripada memilikinya.
Bahkan ada yang mendakwa bahawa Perodua Myvi laris kerana model itu merupakan Vios versi Perodua yang paling murah boleh dimiliki.
Jika Vios model baru mengambil pengaruh gayaan Yaris ini, saya pasti pendapat sesetengah orang yang mengatakan reka bentuk Toyota adalah membosankan akan berkurangan. Malahan saya sendiri pun turut ketar kaki dan akan bertaubat daripada mengkritik Toyota!

Lancer Hatchback Terhad untuk 100 unit sahaja

AKSESORI Ralliart membuatkan Lancer Sportback ini kelihatan jauh lebih sporty.


PENGIMPORT dan pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia, (MMM) baru-baru ini melancarkan model Mitsubishi Lancer Sportback RA Edition. Berdasarkan kepada model Lancer Sportback 2.4 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Edisi RA eksklusif ini hanya ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja.
Edisi RA menambah pakej sporty yang sudah sedia ada pada model Lancer Sportback menerusi pelbagai aksesori Ralliart, jenama untuk produk Mitsubishi yang mempunyai kaitan dengan sukan bermotor.
Dihasilkan buat peminat tegar Ralliart, setiap Lancer Sportback Edisi RA hadir bersama pakej aksesori eksklusif yang meliputi tempat duduk kulit Nappa dengan rekaan sporty, rim aloi, diffuser belakang, plat Ralliart, stiker, kamera mengundur, bampar hadapan, emblem Ralliart dan banyak lagi.
Model ini ditawarkan pada harga RM137, 980 seunit di atas jalan termasuklah insurans. Ia didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, putih dan hitam. Pelanggan juga akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (km), selain pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun daripada Mitsubishi.
Apa yang pasti, penampilan sporty Lancer Sportback dipertingkatkan melalui penggunaan bampar hadapan Ralliart dan logonya yang memang terkenal itu. Sementara gegelang pada lampu kabus membuatkannya menyerlah biarpun lampunya belum dinyalakan.
Bagi nampak sepadan, bahagian belakang dipasang dengan unit diffuser pada bahagian bawah bampar. Manakala rim aloi bersaiz 18 inci dicat dengan warna Gun Metal.
Ciri sporty itu diteruskan hingga ke bahagian kabin. Plat Ralliart edisi khas tahan calar diletakkan pada setiap pintu. Pemandu dan penumpang juga pasti berpuas hati dengan keselesaan yang ditawarkan oleh tempat duduk kulit Nappa tersebut. Untuk membantu pemandu ketika memarkir kenderaan, kamera mengundur disediakan.
Sejak dilancarkan ke pasaran tempatan pada akhir tahun lalu, Lancer Sportback merupakan hatchback lima pintu yang popular dalam rangkaian model Lancer.
TEMPAT duduk dibalut dengan kulit Nappa.
Ia dijana oleh unit enjin bersesaran 2.4 liter MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 170PS dan 22Nm tork. Enjin DOHC 16 injap itu dipadankan dengan transmisi INVECS-II Continuously Variable Transmission (CVT) yang menawarkan pemanduan lebih sporty, cekap dan selesa.
Kecemerlangan pengendalian Lancer Sportback di atas jalan dibantu oleh suspensi jenis bebas yang menerima talaan khas. Kuasa membrek pula diserahkan kepada sistem brek cakera ventilasi untuk roda hadapan dan brek cakera solid pada roda belakangnya.
Lancer Sportback juga dipasang dengan barisan senarai peralatan standard yang mengujakan. Antaranya, sistem kawalan suhu automatik, sistem audio 2-DIN dengan skrin sentuh LCD dan kamera mengundur. Alat pengesan hujan automatik pada penggilap cermin, lampu utama dan cruise control merupakan antara ciri-ciri yang ada pada Lancer Sportback.
Sebagai tambahan, Lancer Sportback didatangkan dengan system keselamatan terbaik termasuklah Active Stability Control (ASC) dengan Traction Control (standard), selain ABS, Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).
Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors atau layari www.mitsubishi-motors.com.my. Anda juga boleh menghubungi Mitsubishi Motors Customer Care Line di talian 03-7622 2202.

Tiada Istimewa Barca Tanpa Messi

Sembilan minggu selepas  dikalahkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Manchester United akhirnya mengalami detik mengembirakan apabila menang  menentang Barcelona dalam World Football Challenge
Nani telah meletakkan skuad Sir Alex Ferguson dihadapan pada minit ke 22 separuh  masa pertama,disamakan kedudukan oleh thiago pada separuh masa ke2 minit ke 70,


sebelum Michael Owen mendapat kemenangan 14 minit sebelum tamat perlawanan dihadapan 81,807 penonton di FedEx Field Washington,.


Ini memberi gambaran kepada kelab lain yang bercita2 ingin merampas tahta Liga untuk musim 2011/2012,ianya bukan sesuatu yang mudah..


KEPUTUSAN PENUH MU 2 BARCA 1

Saturday, July 30, 2011

Usah hina Ashraf

Hari ini kebanyakkan dia DADA AKHBAR UTAMA memaparkan berita mengenai Ashraf yang meninggal dunia semalam..yang Pergi biarkan pergi..yang hidup jadikan ia sebagai pengajarann.....
Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar
KUALA LUMPUR: Masya rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar , di pasaran


Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya. 


Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas

Wednesday, July 27, 2011

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Tuesday, July 26, 2011

Bersahurlah walaupun sedikit

SOALAN:

Adakah bersahur merupakan salah satu daripada syarat-syarat sah puasa?


JAWAPAN:

Hukum bersahur itu adalah sunat sahaja dan ia bukannya syarat sah puasa. Ia merupakan amalan Nabi s.a.w.. Oleh itu kita digalakkan mengerjakannya. Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada
keberkatan. (Mutafaq alaih)

Kita disunatkan bersahur dan melewatkan waktunya. Bersahur juga dapat menguatkan
tubuh badan, meringankan kepayahan berpuasa kerana kurangnya masa menahan lapar
dan dahaga. Agama Islam sentiasa memberi kemudahan dan galakan agar manusia suka
melakukan amal ibadat kepada Allah. Sunat menyegerakan waktu berbuka dan
melewat-lewatkan waktu bersahur.

Umat Islam digalakkan bersahur walaupun sedikit. Memadailah dengan sebiji kurma
atau seteguk air. Amalan ini adalah amalan Rasulullah. Di samping itu ia juga
dapat mendidik jiwa. Jika kita bangun bersahur kita akan beringat-ingat dan
berjaga-jaga sebelum fajar. Waktu itu jugalah Allah akan membesar-besarkan
hamba-Nya, menerima permintaan hamba-Nya, bersedia mengampuni dosa hamba-Nya dan
menerima amalan yang soleh.

Bayangkanlah betapa besarnya faedah yang akan diperoleh berbanding dengan orang
yang hanya tidur dan tidak bersahur pada waktu itu.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam
Sdn. Bhd..

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Sudut Hukum IKIM di
talian 03-6204 6219 dan 03-6204 6253 atau layari laman web

KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAB AZAN

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.
Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
 
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya Itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh Telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang Menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah Kolam air antara Makkah dan Madinah?"
 
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.
Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku Dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
 
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

Jalan Jalan ke Neraka

1. Orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran agama Islam kepada ahlinya
2. Orang kaya yang bakhil
3. Peniaga yang penipu
4. Peminum arak
5. Mengada dan menyokong majlis-majlis maksiat
6. Berzina
7. Menipu, memakan harta anak yatim
8. Meringan-ringankan sembahyang
9. Tidak mengeluarkan zakat
10. Panjang angan-angan dan tidak bertaubat kepada Allah
11. Meninggalkan sembahyang
12. Derhaka kepada ibubapa
13. Berbuat fitnah
14. Suami dan ibubapa yang dayus
15. Dusta
16. Mendapat dan memakan harta yang haram
17. Sihir
18. Dengki/khianat
19. Melakukan apa yang diharamkan oleh Allah

Diriwayatkan ada seorang pemuda suatu ketika dahulu kerjanya mencuri kain kafan. Pada suatu hari, dia bertaubat dan bertanya kepada gurunya tentang hal keadaan mayat yang pernah ditemuinya ketika mencuri dahulu.

1. Mayat berpaling daripada arah kiblat: Guru itu menerangkan bahawa orang itu semasa hayatnya mempunyai kepercayaan yang salah
2. Semua kuku kaki dan tangannya mencengkam ke bumi : Iaitu pembalasan kepada orang yang membuat kesalahan kepada manusia
3. Mayat menjadi batu hitam : Derhaka kepada ibubapa
4. Perut menjadi besar dan buncit, penuh dengan ular dan berbau busuk : Balasan bagi peminum arak
5. Mengalir darah, nanah dan sebagainya melalui tiap-tiap liang dan lubang anggota serta berbau busuk lebih daripada bangkai : Semasa hidupnya berzina
6. Mayat bertukar rupa seekor babi : Tanda orang itu meninggalkan sembahyang
7. Cantik, senyum manis dan bau yang harum : Tanda keimanan orang itu semasa hidupnya

Kitab rujukan : Mutiara Perjalanan Hidup Insan (Ustaz Najmuddin Haji Elias) terbitan An-Nahli Enterprise

Pengorbanan janda

bminggu@bharian.com.my
2011/06/04
 

Pandu berpuluh kilometer satukan anak, bekas suami

HANTAR anak ke pangkuan bekas suami setiap kali musim cuti sekolah menjadi rutin Ati selepas bercerai.

“Ini perjanjian yang sudah kami putuskan selepas bercerai secara baik,” kata Ati (bukan nama sebenar) kepada Kongsi Rasa.
Ati reda dengan jodoh yang ditentukan Tuhan.

Walaupun Ati dan bekas suami tidak dapat hidup bersama, anak tetap akan dapat kasih sayang mereka berdua. Ati bernasib baik, suami membenarkan anak duduk bersamanya selepas bercerai.

Ketika berkahwin dulu Ati seperti pasangan lain inginkan perkahwinan berkekalan sepanjang hayat.

Itulah yang cuba dipertahankan Ati. Namun sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, Ati akhirnya kecundang juga dengan tuntutan keadaan. Rumah tangga dibina hanya bertahan tiga tahun saja.
Punca perceraian sebenar memang sukar diceritakan. Ati dan suami masing-masing ada kelemahan sendiri.

Menurut Ati sebagai isteri yang berkerjaya, dia banyak mengalah.

Selepas berkahwin, Ati sanggup menetap di tempat suami bekerja walaupun terpaksa menaiki bas ke tempat kerjanya di sebuah daerah lain yang mengambil masa sejam perjalanan.

“Saat yang paling menyeksakan ialah ketika saya ‘membawa perut yang sarat hamil’ berulang-alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari.

“Pada saat cukup bulan dan menanti hari bersalin, saya terpaksa pula membawa bekalan kain lampin anak bersama setiap hari.

“Saya takut bersalin dalam perjalanan. Kalau itu terjadi, saya sudah bersedia kelengkapan menyambut bayi sulung,” katanya.

Pemandu bas sudah kenal dengan Ati yang dianggapnya pelanggan tetapnya setiap pagi.

Jika Ati terlambat, pemandu itu sanggup menunggu selepas nampak kelibat Ati berjalan menuju ke stesen bas.

Apabila Ati tak kelihatan di tepi jalan, pasti pemandu bas akan tertanya-tanya “tak kerja ke mak buyung hari ini, atau dah bersalin ke dia,”

Ati tergelak juga apabila gelaran ‘mak buyung’ yang disebut pemandu itu sampai ke telinganya.

Kerana sayangkan suami juga, Ati mengamalkan prinsip tidak berahsia dengan suami. Slip gaji, kad ATM semua diserahkan kepada suami.

“Suami tahu pendapatan bulanan saya, tetapi sejak kahwin dan sehingga bercerai, saya tidak tahu berapa gaji suami,” kata Ati.

Banyak pengorbanan yang Ati lakukan untuk suami. Kebanyakan perbelanjaan dapur Ati keluarkan, sehinggalah Ati bersalin, susu anak semua Ati tanggung.

Kesabaran bak kata orang ada tahapnya. Selepas bersalin, Ati nampak jelas perubahan suami yang lesu nafsunya. Dia masih leka dengan perangai bujangnya.

Kadang-kadang Ati ditinggalkan sendirian di rumah bersama bayinya.

Ati dapat rasakan nikmat hidup berumah tangga semakin pudar dari sehari ke sehari.

Walaupun sudah menjadi bapa, suami masih membiarkan Ati menanggung beban belanja dapur dan susu anak. Itu belum pinjaman yang Ati kena bayar walaupun
persetujuan untuk membuat pinjaman sebelum itu diputuskan bersama.

Selepas berfikir secara mendalam, Ati mengambil keputusan untuk berpisah saja.

“Buat apa saya mempunyai suami, jika terpaksa menanggung segala-galanya,” kata Ati.

Tindakan drastik itu menyebabkan saudara mara lebih banyak menyalahkan Ati.

“Hanya ayah dan ibu saja tahu cerita sebenar. Ati tak pernah cerita masalah rumah tangga kepada saudara mara,” katanya.

Ati terpaksa menelan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan orang yang tidak tahu cerita sebenar.

Sudah tiga tahun Ati hidup membujang. Bekas suami Ati sudah pun berkahwin lain dan sudah ada anak baru.

Ati memang teringin untuk bersuami tetapi serik dengan apa yang dilalui selama ini.

Selepas bergelar janda, Ati ada berkawan dengan beberapa lelaki tetapi tidak serius.

Apabila berjumpa dengan lelaki baik, mereka pula sudah beristeri. Buat masa sekarang Ati tidak berminat merampas suami orang.

“Kalau boleh elak, saya tidak mahu kahwin dengan suami orang,” kata Ati.

Ati mengakui masih sayangkan bekas suami, tetapi sayangnya sekarang hanya sekadar seorang sahabat saja.

“Bekas suami masih ayah kepada anak saya dan saya tidak akan halang dia mendapat kasih sayang ayahnya dan juga ibu tiri,” katanya.

Ati sanggup memandu berpuluh kilometer ke tempat yang dijanjikan untuk menghantar anak bercuti bersama bekas suami dan isteri barunya.

“Saya dan isteri baru suami sudah jadi kawan. Anak saya pun sayangkan makda dan adik barunya. Saya bersyukur isteri bekas suami melayan anak saya dengan baik,” kata Ati menutup ceritanya.

Kak Ani menyokong pendirian Ati dalam soal membahagikan kasih sayang anak dengan bekas suaminya.

Apa yang sudah berlaku biarlah ia menjadi kenangan saja. Tak ada guna berdendam kerana yang rugi adalah anak.

Anak Ati tidak boleh diheret dalam pergolakan rumah tangga yang sudah pun ada titik noktah.

Kak Ani berharap Ati pandai menjaga status diri sebagai janda. Dalam keadaan sekarang Ati kena jaga segala gerak geri supaya setiap perbuatan Ati tidak menimbulkan fitnah.

Berhati-hatilah memilih pasangan hidup baru. Jadikan pengalaman sebelum ini sebagai pengajaran supaya kesilapan lama tidak berulang.

 

AIDS- ANAK IBLIS DAN SYAITAN (ULANG TAYANG-ANTI STIGMA & DISKRIMINASI)

KOTA BHARU: Penyakit Aids dideritai mereka sungguh menyeksakan, namun hinaan dan kejian masyarakat sekeliling yang jahil semakin menambah penderitaan dua beradik perempuan yatim piatu berusia 13 dan lapan tahun itu.

Mahu dikenali sebagai Nana, dia bersama adiknya, Nani pernah makan sisa nasi dibuang jiran kerana terlalu lapar selepas nenek mereka tidak mampu menyediakan makanan.

“Malah, saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan menanggung derita penyakit ini, ditambah lagi dengan sikap jiran dan kawan yang selalu menghina kami,” kata Nana.

Dalam usia mentah dan masih ‘merangkak’ untuk mengenal dunia, setiap hari dunia kehidupan dua beradik itu terpaksa dilalui dengan penuh liku sejak disahkan dijangkiti virus HIV daripada ibu mereka.

Saban hari kedengaran di telinga mereka pelbagai ejekan, tohmahan serta cacian oleh masyarakat sekeliling dan penghinaan paling pedas pernah didengar Nana ialah gelaran ‘Anak iblis dan syaitan (Aids)’.

“Gelaran itu disebut oleh seorang penduduk kampung ketika saya berjalan kaki ke sekolah. Mungkin bagi mereka gurauan, tapi mereka tidak tahu betapa sedih dan terasa hinanya saya apabila digelar begitu,” katanya.

Menurutnya, sejak kejadian itu yang berlaku awal tahun ini, dia jarang pergi ke sekolah kerana terlalu malu dan tidak mampu lagi menahan cercaan masyarakat.

Adiknya, Nani hanya terpinga-pinga ketika menerima pelbagai kejian masyarakat, lantaran masih ‘berhingus’ serta tidak mengerti bahana penyakit Aids yang dideritainya.

Menceritakan detik hitam kehidupan mereka, Nana berkata, segala-galanya bermula apabila ibu mereka meninggal dunia akibat Aids, sebulan selepas kematian bapa yang turut menghidap penyakit sama berikutan terbabit dalam penagihan dadah.

Ketika ibu menghembuskan nafas terakhir, Nana baru berusia lapan tahun manakala Nani berusia dua tahun dan belum puas merasai belaian seorang ibu.

“Saya diberitahu doktor yang saya menghidap Aids ketika usia tujuh tahun. Ketika itu saya rasa macam biasa saja sebab masih kecil dan tak tahu apa-apa. Lagipun, emak masih ada,” katanya.

Mulanya hal terbabit turut dirahsiakan ibunya kerana bimbang maklum balas negatif keluarga dan orang kampung.

Namun, rahsia itu terbongkar apabila ibu bapanya meninggal dunia setahun kemudian dan sejak itu kehidupan dua beradik berkenaan terus berubah.

“Seminggu selepas emak meninggal dunia, anak jiran mula menjauhkan diri dan tak mahu bermain dengan saya. Malah, saya beberapa kali ditolak oleh seorang rakan hingga berdarah kepala lutut ketika hendak bermain ‘teng teng’ dengan mereka.

“Bermula hari itu saya hanya bermain seorang diri di rumah tanpa teman. Hendak bermain dengan adik (Nani), pada masa itu dia masih kecil,” katanya sebak.

Meneruskan perbualannya, menurut Nana, di sekolah pula dia dipulaukan rakan dan diperlakukan seperti pesalah apabila disuruh duduk seorang diri di belakang sekali dalam kelas.

“Ini berlarutan hingga saya mencecah usia 11 tahun dan pada waktu itu saya banyak tahu mengenai bahaya Aids. Jadi, saya lebih suka berkurung dalam rumah kerana malu.

“Dalam sebulan saya hanya pergi ke sekolah seminggu, itupun bergantung kepada keadaan berikutan tidak tahan ejekan dan sindiran rakan. Pernah saya diejek oleh mereka yang mengatakan saya akan mati tidak lama lagi, sama seperti ibu,” katanya.

Nana bagaimanapun menggagahkan diri ke sekolah ketika berusia 12 tahun untuk menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya tidak pernah masuk mana-mana kelas tambahan disebabkan nenek tidak mampu membayar yuran bulanan, selain malu dengan keadaan diri saya yang semakin kurus.

“Sebaik selesai menduduki peperiksaan itu, saya terus tidak ke sekolah kerana semakin lemah dan tidak bermaya,” katanya.

Lebih menyayat hati, disebabkan dia dan adiknya menghidap Aids, tidak seorang pun anggota keluarga daripada sebelah ayah mahupun ibunya mahu menjaga mereka, mungkin disebabkan bimbang dijangkiti.

Berikutan itu, mahkamah menyerahkan hak penjagaan dua beradik terbabit kepada nenek mereka yang berusia 70 tahun walaupun hakikatnya warga emas berkenaan kurang berkemampuan menyempurnakan tanggungjawab itu.

“Kami hidup susah dan serba kekurangan kerana nenek hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan untuk menyara saya dan adik.

“Disebabkan itu saya selalu ikat perut semata-mata ingin memberi makan kepada adik. Pernah juga kami dua beradik makan sisa nasi yang dibuang oleh jiran kerana terlalu lapar,” kata Nana sambil menitiskan air mata.

Pada pertengahan 2007, Nana dan Nani bernasib baik kerana diketemukan dengan Zaimah Hussain, pengurus Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pesakit Aids, termasuk ibu tunggal di Kelantan.

Sejak itu dua beradik malang itu dan juga nenek mereka tinggal di RMP. Selain diberi kemudahan makanan serta tempat tinggal, Nana dan Nani diberi ubat-ubatan dan rawatan sewajarnya sebagai pesakit Aids.

Hujung tahun lalu ketiga-tiganya berpindah ke rumah seorang saudara sebelah ibu selepas wanita itu menyatakan kesediaan untuk memikul tanggung jawab menjaga mereka.

Kini, sekali dalam seminggu atau dua, dua beradik itu pergi ke RMP untuk mengambil ubat dikenali sebagai ‘Highly Active Anti Retro Viral Theraphy (HAART) dan menjalani sesi kaunseling.

“Mereka kata ubat yang saya ambil itu boleh melemahkan virus HIV dalam tubuh kami. Biarpun harapan kami untuk hidup seperti orang lain mungkin tipis, saya tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah.

“Saya berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit saya dan adik secepat mungkin. Kami tidak tahan lagi menanggung derita kerana selalu dicemuh masyarakat,” katanya yang kini mengikuti kursus jahitan di RMP.

RAYA TANPA INSAN TERSAYANG (ANTI STIGMA & DISKRIMINASI)

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ketika lebaran semakin hampir apabila tidak dapat menyambutnya bersama-sama ibu bapa dan anggota keluarga tercinta kerana mereka telah kembali ke Rahmatullah lebih dulu.

Lebih meruntun sanubari apabila datuk sendiri tidak sanggup dan tidak berupaya memeliharanya kerana kanak-kanak itu menghidap HIV.

Cuba bayangkan nasib malang yang menimpa insan kerdil bernama Siti (bukan nama sebenar) yang terpaksa menanggung beban begitu berat dan menghadapi pelbagai realiti serta pahit maung kehidupan.

Untuk menyelami perasaan golongan seperti Siti, anda perlu berkongsi pengalaman bersama anak-anak yang menghidap Aids dan HIV yang tinggal di Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, rumah PERNIM masih sunyi daripada keriuhan 40 kanak-kanak yang menghuninya. Mungkin kami tiba agak awal, kanak-kanak itu masih bersekolah, namun ketika menanti anak-anak istimewa itu pulang dari sekolah, penulis sempat meninjau bilik mereka.

Begitu lapang dada penulis apabila melihat setiap bilik mereka dihiasi dengan patung aneka warna. Pandangan mata penulis seolah-olah terpaku pada tiga nama yang tertera di atas meja di salah sebuah bilik kerana terpandang deretan ubat-ubatan di atasnya.

Terkejut melihat begitu banyak ubat yang terpaksa ditelan si kecil seperti mereka namun itulah hakikatnya yang perlu dilalui oleh anak-anak itu untuk kelangsungan hidup.

Menurut seorang pembantu di rumah berkenaan, Qalbilah Ahmad, 21, antara ketiga-tiga pesakit itu, Siti-lah yang paling hebat kerana insan kerdil ini merupakan pesakit yang sangat kritikal dan kini hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupannya.

"Bayangkan budak sekecil Siti ini terpaksa makan ubat sebanyak ini, tapi nak buat macam mana inilah penawar untuknya bertahan sehingga hari ini," katanya.

Akhirnya masa bertemunya tiba jua apabila mendengar jeritan kanak-kanak dari luar memberi salam. Ketika seorang demi seorang bersalaman tiba giliran kanak-kanak perempuan yang bertubuh kecil, kurus tidak seperti usianya berjalan lemah namun tetap berupaya memberi senyuman kepada penulis.

"Itulah Siti yang saya ceritakan tadi," kata Qalbilah.

Anak kecil tidak berdosa itu yang terpaksa menanggung derita, tetap ceria menanti ketibaan Syawal, masih mampu tersenyum gembira tiap kali diajukan pertanyaan raya.

"Seronok nak raya, dapat makan ketupat, dapat duit raya dan bersalaman bersama mama dan adik-beradik lain," katanya yang memanggil "mama" kepada Pengasas yang juga Yang Dipertua Pengerusi PERNIM, Norlina Alawi.

Anak yatim piatu itu yang agak malu-malu ketika disapa, jelas tidak mengetahui apakah penyakit dan derita yang sedang dialaminya.

Berkepala botak, dan kudis-kudis memenuhi segenap ruang tubuh badannya, Siti ditinggalkan ibu bapanya yang meninggal dunia akibat AIDS. Lebih menyayat hati datuknya tidak sanggup untuk menjaga cucunya ini lalu diserahkan kepada PERNIM.

Ketika ditanya pada Siti adakah dia mengerti apa itu AIDS, anak kecil itu sekadar menggelengkan kepala sambil merungut: "Sakit, sakit... badan gatal-gatal."

Menurut Norlina, doktor mengesahkan penyakit Siti di tahap kritikal iaitu pada peringkat empat.

"Saya mengambil Siti di hospital kerana tiada siapa yang mahu jaga dia. Bila pulang saya menjaganya dengan rawatan penuh rapi. Saya botakkan kepalanya untuk memudah merawatnya," kata Norlina.

Sementara itu, Aidilfitri bagi dua beradik iaitu Yusuff (bukan nama sebenar) 14, dan Husna (bukan nama sebenar), 11, juga tidak lagi seperti tiga tahun lepas ketika menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa tercinta.

"Kali ini masuk tahun ketiga saya beraya di sini, walaupun tak bersama keluarga tapi dapat jugalah rasa macam beraya di rumah sendiri kerana di sini juga kami tinggal dalam rumah bersama adik-beradik lain.

"Tapi sesekali sebak juga bila teringat mak dan ayah yang telah pergi disebabkan penyakit HIV. Tahun 2000, ayah meninggal dulu kemudian diikuti mak pada 2001," kata Yusuff.

"Pada hari raya mama akan bawa saya dan adik pergi menziarahi kubur arwah mak dan ayah, jadi dapat juga mengubat rindu terhadap mereka," katanya sayu.

Kata Yusuff dia tidak mengalami jangkitan HIV daripada ibu bapanya namun jangkitan itu diwarisi adiknya.

Sambil melipat kain, Husna yang petah berbicara, dengan wajah gembira menceritakan baju rayanya ada tiga pasang dan tidak sabar-sabar menanti ketibaan 1 Syawal.

"Sekarang bulan puasa dah banyak kumpul duit raya, nak tunggu hari raya pula tak sabar nak pergi beraya dan makan kuih kegemaran saya kuih yang ada coklat dan kacang di atasnya (Almond London)," katanya.

Menurut Norlina, tiga bulan sebelum puasa beliau sudah membuat persiapan raya seperti menyediakan baju dan kasut raya untuk anak-anak jagaannya.

"Pada hari raya pertama kami akan beraya bersama-sama dengan anak-anak akan bersalaman dan bermaaf-maafan serta menikmati juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan lemang," katanya.

Pada hari raya kedua, kata Norlina beliau dan suami serta keluarga bersama anak-anak jagaannya akan pulang ke kampungnya di Johor.

"Walau pulang ke kampung, anak-anak tetap di bawa bersama, tidak sampai hati membiarkan mereka di rumah. Sebab itu sekarang saya tengah berusaha untuk mendapatkan sebuah van lagi bagi membawa anak-anak ini pulang beraya bersama," katanya.

Cerita seorang isteri penagih dadah

RAMAI yang beranggapan apabila suami seorang penagih dadah dan keluar masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak-anak akan menjadi tidak ketentuan.
Isteri akan merana, anak-anak pula menjadi liar dan tidak tentu hala tuju hidup. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri dan anak seorang penagih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti keluarga cemerlang yang lain?

Inilah kisah yang akan saya bawa untuk dikongsi bersama pembaca minggu ini. Kisah pengorbanan dan luahan hati seorang isteri penagih yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih.
Semoga pengorbanan Shakira menjadi teladan buat para isteri yang kemungkinan sedang menghadapi masalah yang sama. Inilah kisah yang dikirimkan Shakira dari pantai Timur untuk renungan kita bersama.



“Inilah realiti hidup saya sebagai isteri seorang penagih dadah. Terlalu perit untuk melalui hidup, apalagi jika keluarga mengenali suami dengan segala kebaikan.
“Segala yang buruk tentang suami tidak terlahir dengan kata-kata kerana tidak mahu rahsia keburukan suami terbongkar dan diketahui keluarga.

“Selama 20 tahun bergelar isteri, kehidupan saya tidak lah sesusah mana dan tidak lah sesenang mana,tetapi saya amat gembira dengan kehidupan yang saya lalui, memiliki suami yang penyayang.
“Tidak pernah suami menunjukkan penampilan yang dirinya seorang penagih dadah, dia sentiasa membuat saya ketawa walau hubungan saya dengan ipar tidak sebaik mana.
“Mungkin kerana mereka takut saya ini akan membebankan hidup mereka kerana abang mereka penagih.
“Bagi saya adanya suami di sisi memberi saya kekuatan untuk saya tempuhi hari mendatang tanpa keluarga di sisi.

“Di awal perkahwinan, saya dikejutkan dengan berita sedih. Seorang pak cik datang ke rumah menyampaikan berita penangkapan suami saya ketika kandungan sulung saya mencecah usia lapan bulan.

“Saban hari air mata adalah teman setia, untuk mengadu dengan keluarga saya tidak berdaya. Saya kumpulkan kekuatan untuk pergi ke Balai Polis di KB berjumpa suami di lokap. “Saya minta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapa saya di Kuala Lumpur kerana saya mahu meminjam wang untuk menjamin suami.
“Kepada mereka saya katakan, bahawa suami saya terlantar sakit di hospital dan memerlukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan.

“Syukur Alhamdulillah, ayah memberi wang yang saya mahu tanpa bertanya soalan. Setelah dua minggu di rumah keluarga, saya pulang ke KB. Saya tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke balai polis untuk bertemu suami di lokap dan menjaminnya.
“Sebab apa saya bersusah payah menjamin suami? Kerana saya mahu melahirkan anak sulung saya di sisi suami. Saya tidak mahu keseorangan.

“Dari anak sulung hinggalah anak ke lima, suami selalu keluar masuk penjara. Setiap kali saya dirundung pilu, saya akan memeluk anak-anak saya, pada mereka saya tumpahkan air mata sedih.
“Apabila anak-anak tanya kenapa saya menangis, jawab saya kerana ayah ditangkap polis sebab membawa lori secara berbahaya (ketika itu suami bekerja sebagai pemandu lori).
“Saya tidak pernah membebankan anak-anak dengan masalah saya dan tidak pernah menceritakan pada anak-anak tabiat buruk bapa mereka.

“Saya mahu anak-anak menghormati ayah mereka, walau siapa pun bapa mereka, saya tidak mahu memutuskan kasih sayang anak-anak dengan bapa mereka, apa lagi bapa mereka tidak pernah mengkasari mereka malah selalu memberi tunjuk ajar yang baik walau dia sendiri terjebak dengan penagihan dadah.

“Terlalu sukar menasihati suami yang selalu leka dengan dunianya, tetapi saya tidak pernah marah atau bergaduh di hadapan anak-anak. Saya selalu memberi anak-anak kata-kata perangsang supaya mereka berjaya dalam pelajaran.
“Kini anak-anak saya telah dewasa, yang sulung berusia 20 tahun, sedang menjalani pengajian ijazah pertama dalam jurusan perakaunan di UNITEN, Muadzam Shah, Pahang.
“Dari peperiksaan UPSR(5A) PMR(8A) dan SPM(10A1), kini kedukaan saya terubat dengan setiap gred penilaian CGPA yang selalu diperolehnya iaitu 3.90-3.96, setiap kali peperiksaan semester.

“Anak kedua saya melanjutkan pengajiannya di kolej PTPL, Shah Alam. Anak saya ini memang tidak pernah berminat dengan bidang akademik, jadi saya masukkan dia ke bidang kemahiran yang diminatinya.
“Anak ketiga saya berada di tingkatan 3 dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dan anak yang ke empat dan kelima masih bersekolah rendah.
“Sekarang baru anak-anak saya tahu kenapa bapa mereka selalu keluar masuk penjara dan saya memberitahu mereka, bukan saya membenci bapa mereka atau sengaja mahu merahsiakan perkara yang sebenarnya, tetapi saya tidak mahu mereka terjebak dengan masalah saya.
“Saya mahu supaya anak-anak saya berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga apabila dewasa nanti.

“Kini suami saya juga baru setahun keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak dan saya amat berharap biarlah ini penahanannya yang terakhir kerana dia pun tidak muda lagi, sudah mencecah 50 tahun.
“Walau tiada apa yang dapat saya beri kepada anak sulung saya atas kejayaannya, tetapi setiap kali peperiksaan penting, nama saya akan jadi sebutan, suami saya juga memberitahu pada saya pihak penjara amat kagum dengan kecekalan saya mendidik anak-anak.
“Tidak semua penagih dadah yang dapat memberi pelajaran sempurna untuk anak-anak kerana kebanyakan isteri penagih dadah akan tertekan dengan masalah suami dan anak-anak akan jadi mangsa.
“Bagaimana pihak penjara tahu kejayaan anak saya? Kerana saya selalu menghantar surat dan mengirimkan salinan keputusan peperiksaan anak saya kepada suami semasa dia dalam tahanan.
“Sebelum saya menutup tirai cerita saya ini, ingin saya nasihatkan kepada para isteri yang senasib dengan saya, pandanglah wajah anak-anak yang tidak berdosa, jangan kita jadikan mereka tempat melemparkan kemarahan, tetapi anggaplah mereka sahabat yang sering membahagiakan kita.
“Biarlah kita sengsara, tetapi lawan jiwa rapuh kita dengan kekuatan dan semangat untuk melihat anak-anak berjaya.
“Saya melalui pahit getir kehidupan sebagai isteri penagih dadah selama 18 tahun, bayangkan kesengsaraan yang saya lalui seorang diri tanpa tempat mengadu.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kekuatan dan kesabaran yang luar biasa ini. Saya harap kebahagiaan ini akan berterusan. Doa saya semoga anak-anak saya akan mendapat perlindungan, hidayah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat.
“Kepada suami, harapan dan doa saya yang tidak pernah putus, bertaubat dan berubahlah demi anak-anak. Ingatlah kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Shakira menutup cerita.

Terlupa kata laluan BIOS

SAYA terlupa kata laluan untuk sistem Basic Input Output System (BIOS) sebuah komputer. Bagaimanakah caranya untuk setkan semula kata laluan tersebut?
* N Day, Bukit Lada

TERIMA kasih. Sekiranya kata laluan tersebut disediakan oleh pihak pengilang yang menghasilkan BIOS tersebut, maka sila semaknya dengan pihak pengilang.
Ini bagi memastikan sama ada pihak pengilang ada menyediakan satu kata laluan yang piawai secara lalai kepada BIOS tersebut.
Sebagai contoh, bagi BIOS yang dikeluarkan oleh pihak Award atau Award BIOS ada menyediakan kata laluan seperti AWARD SW, AWARD_SW, Award SW, AWARD PW, _award, awkward, J64, j256, j262, j332, j322, 01322222, 589589, 589721, 595595, 598598, HLT, SER, SKY_FOX, aLLy, aLLY, Condo, CONCAT, TTPTHA, aPAf, HLT, KDD, ZBAAACA, ZAAADA dan ZJAAADC.
Anda boleh lakukan ini dengan mengenal pasti terlebih dahulu pihak pengeluar BIOS yang digunakan.
Dengan ini, cuba lakukan pencarian di Internet dengan menggunakan enjin carian atau terus menghubungi pihak pengeluar BIOS tersebut.
Sekiranya kata laluan tersebut disetkan oleh seseorang dan terlupa apakah kata laluan tersebut, maka, ia boleh disetkan semula dengan setkan semula sistem BIOS atau reflashed dengan cara menggunakan perisian atau perkakasan.
Bagi kaedah setkan semula sistem BIOS menggunakan perisian, kita perlu mencapai komputer tersebut yang sedang dilarikan atau log in.
Sekiranya tidak berupaya mencapai komputer yang sedang dilarikan, kaedah setkan semula sistem BIOS menggunakan perkakasan boleh digunakan.
Kaedah setkan semula sistem BIOS dengan menggunakan perisian boleh dilakukan dengan melayari laman web pihak pengeluar.
Seterusnya, muat turun program untuk setkan semula sistem BIOS yang disediakan oleh pihak pengeluar.
Gunakan program tersebut untuk setkan semula sistem BIOS komputer anda.
Selain program komputer yang disediakan oleh pihak pengeluar, boleh juga menggunakan program-program yang dihasilkan oleh pihak ketiga.
Bagaimana pun, perlu dipastikan ia sesuai dengan jenis sistem BIOS yang digunakan. Sebagai contoh, boleh menggunakan program MS DEBUG. Namun begitu, perlu tahu cara menggunakannya.
Bagi kaedah setkan semula sistem BIOS menggunakan perkakasan, ia perlu dilihat suisnya yang dikenali sebagai jumper yang berada pada papan utama. Jumper ini perlu disetkan semula untuk setkan semula sistem BIOS.

Caranya adalah seperti berikut:
1. Sila lihat manual pengguna bagi senibina papan utama atau motherboard komputer tersebut. Kenal pasti lokasi jumper bagi BIOS yang berada pada papan utama. Biasanya jumper ini mempunyai 3 pin dan jumper tersebut akan temukan dua daripada tiga pin tersebut. Konfigurasi ini boleh dilihat dalam manual pengguna papan utama tersebut.
2. Pastikan komputer tersebut sudah dimatikan. Seterusnya, cabut jumper tersebut daripada pin-pin tersebut.
3. Masukkan kembali jumper tersebut pada pin yang berlawanan dengan konfigurasi asal. Sebagai contoh, sekiranya pada asal jumper tersebut diletakan pada pin 1 dan pin 2. Jadi, kita letakan kembali jumper tersebut pada pin 2 dan pin 3. sila rujuk buku manual papan utama anda.
4. Sila tunggu dalam beberapa saat.
5. Seterusnya kembalikan semula konfigurasi jumper tersebut ke lokasi pin yang asal.
6. Akhirnya, buka komputer seperti biasa.
Antara cara lain yang boleh digunakan untuk setkan semula sistem BIOS adalah dengan mencabut bateri CMOS yang ada pada papan utama. Sebelum itu, pastikan anda telah tutup komputer. Setelah mencabutnya, boleh hidupkan semula komputer anda. Dengan ini, kata laluan bagi sistem BIOS anda akan tiada.

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online