Tuesday, July 26, 2011

Barton mungkin ke Old Trafford


Dengan tempoh kontrak hanya berbaki setahun bersama Newcastle United, bekas pemain tengah Manchester City, Joey Barton mungkin bakal meninggalkan St. James Park, disebabakan tidak ditawarkan kontrak baru untuk terus bersama kelab itu.

Situasi ini telah menimbulkan khabar angin, bahawa pengurus Red Devil, Sir Alex Ferguson mungkin berminat membawa Barton ke Old Trafford dengan yuran perpindahan serendah RM 8 juta.

Jika Manchester United akan menawarkan kontrak kepada Barton adalah benar, maka musim hadapan, Sir Alex Ferguson mempunyai lebih banyak pilihan pemain untuk bermain di bahagian tengah kerana Barton merupakan seorang pemain berpotensi.

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online