Friday, July 15, 2011

Enam tahun menyulam cinta FARAH AF2

Hubungan cinta jarak jauh antara Farah AF2, dan pasangannya Johan Johari,26, tidak dapat dihidu peminat mahupun pihak media. Jarang bertemu dan hanya meluah perasaan menerusi sms dan panggilan telefon, Farah dan Johan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sebelum Ramadhan ini.

Enam tahun memadu kasih, pasangan ini, hanya memberitahu umum beberapa minggu sebelum majlis pertunangan mereka kira-kira tujuh bulan lalu.

Disatukan dalam majlis sungguh meriah, Farah AF2 atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, 26, sah menjadi suri hidup kepada Johan hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Majlis yang di adakan di Cruise, Putrajaya ini disaksikan oleh ahli keluarga kedua belah pihak. Farah menerima wang hantaran RM25,185 dan mas kahwin RM2,500.

Manis dengan busana kurung putih rekaan Zerry Zamry, Farah ditata hias oleh jurusolek Saidatulnisa menyerlahkan lagi keanggunannya.

Pertemuan pertama

Menyingkap pertemuan pertama, Farah berkata, semuanya bermula apabila mereka bertemu dalam sebuah majlis di ibu kota.

“Pada masa tu, saya memang dah suka pada dia. Nak tegur segan, tapi saya sering curi-curi pandang sepanjang majlis itu.

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online