Tuesday, July 26, 2011

LG Optimus Black review: Black and bright

LG Optimus Black ialah telefon pintar yang beroperasi di atas platform sistem operasi Android 2.2 atau Froyo yang dikatakan oleh pembuatnya, LG Electronics boleh ditingkatkan dengan mudah ke Android 2.3 (Gingerbread).
Baru diperkenalkan di pasaran tempatan sejak beberapa bulan lalu, memiliki reka bentuk nipis lagi bergaya, malah tampak elegan dengan warna hitam pada keseluruhannya sesuai dengan namanya Optimus Black.

Reka bentuknya amat ringkas, membulat di bahagian sudutnya dengan saiz dimensi 2.5 inci lebar dan 4.8 inci panjang, manakala tebalnya hanya 0.36 inci dan bertambah nipis di bahagian tepi bawahnya kepada 0.23 inci.

Ia menampakkan lagi gaya nipisnya Optimus Black ini.


Diperkasa oleh cip pemproses berteras tunggal 1GHz OMAP 3630, ia bergerak lancar di atas rangkaian telekomunikasi 3G/UMTS.

Walaupun ia tak sepantas kembarnya Optimus 2X yang menggunakan cip dwiteras, tapi penguji tidak nampak ia terlalu perlahan ketika menelusuri laman web, malah hayat baterinya mampu bertahan jauh lebih lama berbanding telefon mahal.

Untuk memperhebatkan lagi gaya guna Optimus Black, telefon pintar ini dilengkapi skrin 4 inci dengan paparan WVGA 480 x 800 piksel yang perkuat oleh teknologi NOVA. Dengan teknologi itu, LG mengatakan ia menggunakan tenaga sedikit ketika berada di dalam bangunan dan mampu menjadi lebih cerah dan jelas dalam keadaan terang seperti di luar.

Memang benar seperti apa yang dikatakan ketika ujian, cuma penguji tidak pula membuat ujian sebelah menyebelah dengan telefon jenama lain yang kononnya didakwa sepadan atau lebih baik daripada Optimus Black.

Apa pun, pada dasarnya memang puas menonton atau menatap semula gambar yang diambil menggunakan Optimus Black ini.


Kameranya juga mampu merakam gambar dengan tajam menggunakan sensor beresolusi lima megapiksel. Kamera depannya beresolusi dua megapiksel.

Kaedah mengambil gambarnya mudah dengan antaramuka kawalan yang ringkas. Di bahagian kiri ada kawalan zum, penyeimbang cahaya dan lampu flash. Ada juga tab untuk kawalan tukaran sama ada hendak menggunakan kamera depan atau belakang. Manakala di sebelah kanannya lebih kepada kawalan butang shutter dan tukaran antara kamera pegun atau kamera video.

Di bahagian atas telefon pintar ini ada jek fon telinga, pelabuh micro-USB yang boleh juga digunakan untuk mengecas semula bateri, dan butang on/off.

Sesuatu yang unik ada pada Optimus Black ialah di tepi sebelah kirinya ada butang kawalan suara dan satu lagi di panggil G-key yang cuma ada logo G di situ.

Butang itu adalah untuk kawalan tekan dan goncang untuk ke fungsi tertentu. Ia diperkuat oleh perisian rekaan khusus LG yang dipanggil UI 2.0, ia termasuklah mencapai mesej atau emel secara langsung tanpa menyahkunci telefon.

Kembali kepada butang G itu, ia juga dipanggil ‘kunci gerakan 3D’ yang boleh berfungsi secara individu atau gabungan dengan pergerakan untuk mengaktifkan sesuatu fungsi.

Tekan dan tunggu beberapa saat, ia akan mengaktifkan mod kamera. Tekan lagi dan goncang beberapa kali ke kiri dan kanan ketika anda dalam mod kamera itu, ia akan memaparkan gambar yang anda rakam sebelum itu. Dengan menekan butang G itu juga, anda boleh menukar di antara tujuh skrin ‘home’ yang sudah anda tetapkan.

Anda juga boleh tap di bahagian tepi telefon itu untuk menukar lagu ketika berada dalam mod pemain semula muzik.

Satu lagi fungsi uniknya ialah WiFi Direct, yang mana ia berfungsi untuk memindahkan fail di antara peranti yang menyokong standard sama semudah standard penyambungan Bluetooth. Kelebihannya ia mampu berkongsi hingga 8 peranti pada satu masa.

Secara keseluruhannya, penguji berpuas hati menggunakan Optimus Black walaupun ada sedikit sebanyak kekurangan yang tidak perlu diceritakan.
Apapun, jika anda sedang mencari untuk gantian telefon sedia ada ke telefon pintar, maka pertimbangkanlah Optimus Black dengan fungsi dan harga yang mampu
dimiliki.


Key features:

  • 9.2 mm slim touchscreen bar
  • 4” NOVA display at 700 nits of brightness, 16M-color WVGA capacitive IPS LCD unit
  • Quad-band GSM and dual-band 3G support
  • 7.2 Mbps HSDPA and 5.76 Mbps HSUPA
  • Android OS v2.2 Froyo (upgradable to v2.3) with LG Home launcher 2.0 and Gesture UI 2.0
  • TI OMAP 3630 1GHz processor
  • 512 MB RAM
  • 5 MP autofocus camera with LED flash, face detection and geotagging
  • 720p video recording at 30fps
  • 2 MP front-facing camera with video calls
  • Wi-Fi b/g/n; Wi-Fi Direct and DLNA
  • GPS with A-GPS, digital compass
  • 2GB storage (1GB user available); microSD slot, 32GB supported (2GB card included)
  • Accelerometer, ambient light and proximity sensor
  • Standard 3.5 mm audio jack
  • Stereo FM radio with RDS
  • microUSB port (charging) and stereo Bluetooth v2.1
  • Smart dialing, voice dialing
  • DivX/XviD video support
  • Gesture controls with dedicated button
  • Adobe Flash 10.1 support
  • Document viewer/editor

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online