Tuesday, July 26, 2011

luahan hati seorang isteri

Assalamualaikum.Saya merupakan seorang wanita yang telah berumahtangga selama lebih kurang setahun setengah dan belum mempunyai anak.saya nak luahkan isi hati untuk dikongsi bersama pembaca dan mohon komen dengan cerita saya ini.Saya merupakan seorang yang berkerjaya.Sepanjang perkahwinan saya rasa bahagia,walaupun kadang-kadang hati terusik bila terfikir soal anak.Kami telah berusaha namun belum ada rezeki lagi.Tapi sejak akhir-akhir ini,sejak suami putuskan untuk share bisnes dengan cousin dia,saya terasa sangat.Terasa kesunyian sangat

.Suami asyik bz dan kurang masa bersama saya lagi.Selalu balik lewat.Bila saya bersuara suami mesti salahkan saya,kerana tidak memahami dirinya.Kami sering berbincang hal ini,tetapi akhirnya saya yang bersalah kerana tidak memahaminya yang sibuk.Suami kata saya perlu berkorban.Saya terasa kesunyian sangat-sangat,lebih-lebih lagi di waktu magrib.Saya impikan seperti dulu,kami memasak bersama,makan bersama

.Kini tiada lagi.Suami kata berbeban dan terkongkong dengan saya yang asyik kata boring- boring.Mungkin saya ni manja.Hari cuti saya impikan suami menemani saya.Suami asyik kata bz.Cousin dia telefon nak bincang hal bisnes.Saya ikut suami.Ingatkan banyak nak discuss rupanya cakap dua tiga patah habis discuss.Saya bersuara pada suami,tapi suami menyalahkan saya,katanya kalau saya tak ikut banyak lagi kerja boleh buat.Terasanya hati saya.Rasa menyusahkan suami saja.Saya cuma mohon pada suami luang masa bersama saya sehari saja dalam seminggu.Lepas ni suami kena outstation selama 3 bulan.Tapi suami tetap menyalahkan saya.Adakah saya yang bersalah kerana tidak memahami atau saya pentingkan diri sendiri saja tanpa menyelami hati suami.Mohon komen..

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online