Sunday, July 24, 2011

Nasri tolak gaji RM560,000 seminggu

LONDON - Bintang pemain tengah Arsenal, Samir Nasri sanggup menghabiskan baki kontraknya untuk tempoh setahun lagi dan akhirnya meninggalkan kelab itu secara percuma.
Pemain Perancis itu memaklumkan kepada rakan sepasukannya di Gunners yang dia tidak akan menandatangani kontrak baru untuk menetap di Emirates.
Nasri akan menolak kontrak baru lumayan bernilai 115,000 pound seminggu (RM560,000) dengan harapan mahu mendesak Arsenal mengizinkan perpindahannya ke Manchester City.
Ditanya sama ada masa depan Nasri di Arsenal sudah diselesaikan, pengurusnya Arsene Wenger berkata: "Tidak, tetapi saya mahu dia kekal. Dia tahu. Diharapkan kami dapat mencari jalan penyelesaian dalam beberapa minggu akan datang."
Semasa membawa Arsenal ke siri Jelajah Asia tempoh hari, Wenger berkata, dia menanam harapan agar Nasri dan Cesc Fabregas kekal.
Bagaimanapun, Nasri yang kemudiannya ditawar kontrak lumayan 115,000 pound tanpa perlu berfikir dua terus menolaknya bulat-bulat.
Jika Nasri terus enggan berganjak, maka kemungkinan besar Fabregas akhirnya akan dibenarkan berhijrah ke Barcelona.
Namun, jika ancaman Nasri berjaya mendesak perpindahan idaman ke City, Fabregas dijangka perlu menghabiskan setahun lagi di Emirates. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online