Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan |
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. |
Bau mulut |
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari. |
Perut masuk angin |
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan. |
Perut Memulas |
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah. |
Menghilangkan kesan jerawat |
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk. |
Menghilangkan bau ketiak |
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari. |
Ubat panau |
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu. |
Gatal-gatal malam |
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut. |
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan |
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut. |
Bisa-bisa tulang |
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari. |
Penyakit kuning |
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari. |
Cara-cara mengurangkan demam |
a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal |
Panawar racun dan sengatan binatang berbisa |
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum. |
Penawar jika dipatuk ular |
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan. |
Penyakit gagap |
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan. |
No comments:
Post a Comment