Mari Hapuskan Kelemumur. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Putihkan Kulit Melecur. Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala. Pulihkan Bengkak Di Kaki. Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh. Meredakan Batuk. Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari. Pening Kepala: Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih. Lemah Otot: Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah. Demam Selsema: Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. Susah Hadam: Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu. Serangan Angin: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari. Serangan Cacing: Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari. Gigi Putih Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Haluskan Siku & Lutut ( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek ) Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini. Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali. Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!! Lembut Rambut Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU. Saya ada SATU rahsia yang ingin saya kongsikan bersama. Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya. Mewangikan Rambut Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala. Kilatkan Cermin Mata Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama. Jemput-Jemput Menjadi Lembut Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda. Elakkan Kelemumur Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas. Mencuci Barangan Perak Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat. Segar Taugeh Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari. Limau Nipis Cantikkan Badan Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu. Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang Hilangkan Bau Kaki Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang. Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah seperti biasa. Menghilangkan Bau Badan. Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian. Merawat Demam Campak. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).(Utusan Malaysia) Menormalkan Suhu Badan. Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga. Menghilangkan Panau. Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau. |
Saturday, July 23, 2011
petua-petua orang lama2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment