Saturday, July 23, 2011

Bermula dengan polip

POLIP... ketumbuhan kecil dalam usus besar mula membentuk kanser. 
 
KANSER kolon berlaku di usus besar (kolon) atau bahagian akhir usus besar (rektum) yang berfungsi menghadamkan makanan serta pembuangan sisa. Ia penyakit pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia serta kanser ketiga paling kerap menyerang penduduk negara ini yang menjadi penyebab kematian.

Kanser ketiga tertinggi dihidapi penduduk dunia juga menyebabkan lebih setengah juta orang meninggal dunia.
MEMBESAR... kanser sudah menyerang usus besar.
 
Mengikut laporan National Cancer Registry 2003, kira-kira 30,000 penduduk negara ini menghidap kanser pada 2002.

Etnik Cina mencatat kadar kes kanser kolon paling tinggi mendahului kaum India dan Melayu. Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol dan amalan diet seperti kurangnya pengambilan makanan berserat serta obesiti.


Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Tan Soon Seng berkata, kanser kolon meningkat dengan cepat. Mereka yang mengamalkan diet tinggi kandungan lemak, terutama lemak haiwan, burger serta gemar makanan dibakar seperti sate dan barbeku berisiko tinggi mendapat kanser kolon.

Menurutnya, kebanyakan kanser kolon bermula dengan kewujudan polip (ketumbuhan) di dalam kolon atau rektum. Polip membesar daripada sekecil kepala pin sehingga sebesar bola golf.

“Segelintir polip tidak berbahaya manakala yang lain cenderung menjadi lebih teruk dan membahayakan. Polip mengambil masa enam hingga lapan tahun untuk menjadi kanser. Polip boleh dibuang sebelum menjadi kanser.

“Sesiapa pun boleh mendapat kanser kolon tanpa mengira jantina. Penyakit ini sering berlaku di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan risiko meningkat dengan pertambahan umur. Jika ia dapat dikesan lebih awal, pencegahan dapat dilakukan, sekali gus meningkatkan meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh atau memanjangkan jangka hayat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kanser kolon terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum, tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum, tahap ketiga, merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.


Peringkat perkembangan kanser kolon dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun

A) ketumbuhan cuma di dinding usus — 95 hingga 100 peratus
B) ketumbuhan menembusi dinding usus — 65 hingga 75 peratus
C) merebak menyebabkan bengkak limfa — 30 hingga 40 peratus
D) merebak ke bahagian lain — kurang lima peratus


Golongan berisiko tinggi:

1) Anda atau ahli keluarga mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal

2) Rasa sakit ketika membuang air besar seperti inflamasi kolon (yang menyebabkan cirit-birit, kadangkala dengan mukus berdarah dan kesakitan abdomen di bahagian bawah) atau penyakit crohn’s (menyebabkan penyekatan separa usus dan kesakitan dan cirit-birit) dalam beberapa tahun

3) Mempunyai sindrom genetik seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary nonpolyposis colorektal cancer (HNCC)


Simptom

1) Pendarahan rektal
2) Cirit-birit atau sembelit atau berselang-seli
3) Najis berwarna hitam atau najis berdarah
4) Sakit pada abdomen
5) Turun berat badan
6) Anemia (kurang darah)


Penyebab

1) Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan rendah serat
l banyak berlaku di negara Barat
l kurang berlaku di Timur Jauh
l amalan ini meningkat di negara membangun
2) Merokok dan mengambil alkohol
3) Obesiti
l risiko untuk wanita obes mendapat kanser kolon lebih tinggi 50 peratus berbanding wanita dengan berat badan normal
l risiko untuk lelaki obes pula ialah 80 peratus
4) Kurang melakukan aktiviti fizikal

Tiga daripada setiap 100 orang mendapat penyakit ini disebabkan faktor keturunan. Kira-kira 50 peratus boleh bertahan hidup lima tahun selepas mengalami kanser kolon. Pesakit yang ada simptom penyakit ini perlu melakukan pemeriksaan seperti kolonoscopi atau barium enema.

Diagnosis kanser kolon

Kolonoscopi — Prosedur terapi seperti menghapuskan polip dalam kolon atau rektum

  • cara pemeriksaan terbaik

  • sensitif dan ujian tepat

  • diagnosis tisu dan pilihan terapi

  • mahal


    Anda disyorkan melakukan kolonoskopi jika:

  • pendarahan rektum berulang

  • perubahan dalam rutin buang air besar

  • hilang berat badan atau kurang darah

  • berumur lebih 40 tahun

  • ada ahli keluarga yang menghidap kanser kolon


    Barium enema — kolon dimasukkan bahan mengandungi barium (tiub dimasukkan menerusi dubur). X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema

  • ketepatan diagnosis serupa

  • selamat

  • murah

  • mungkin memerlukan pemeriksaan kedua

    Pemeriksaan akan menemui polip yang membesar tetapi boleh dibuang sebelum menjadi kanser. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa.


    Rawatan kanser kolon

    Pembedahan untuk tumor kanser yang setempat

  • radiasi — menggunakan pancaran radiasi selepas pembedahan. Kemoterapi digunakan untuk mengurangkan risiko ulangan.

  • kaedah radio kemoterapi untuk kes tertentu.


    Rawatan susulan

  • pemeriksaan klinikal ke atas pesakit

  • endoskopi, terutama kolonoskopi

  • ujian petanda tumor

  •  

    No comments:

    Post a Comment

    Berita Harian: Mutakhir

    Utusan Online