Saturday, July 23, 2011

Livina talaan Impul lebih sporty, agresif






GAYA lebih agresif dan sporty menjadi taruhan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina yang menerima talaan Impul.

Ia diperkenalkan kali pertama sempena acara Super GT International Series 2011 di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Ciri menariknya ialah aerokit dan gril hadapan yang menggabungkan logo baru Impul, manakala sistem suspensi Impul meliputi penyerap hentak dan pegas gegelung lebih rendah sebanyak 25 milimeter.

Penyerap hentak dan pegas gegelung dipertingkatkan itu mampu mengoptimumkan pergerakan yang tidak diperlukan membuatkan stereng berasa lebih jitu.


Model itu dipadankan dengan peredam ekzos besi tahan karat dan kemasan kilatan serta logo Impul yang ditempa pada bahagian belakangnya.

Selain itu, rim aloi Impul Aura SX-10 bersaiz 17 inci meningkatkan lagi gayanya kerana dicipta dengan menggunakan proses tempaan baru Impul (Impul New Super Cast) yang lebih ringan antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses konvensional.

Ia sekali gus menjadi pencapaian terbaru dalam teknologi penghasilan roda serta memastikan kualiti dan aspek keselamatan yang lebih tinggi.

Model terbaru Nissan Grand Livina Talaan Impul ditawarkan pada harga RM10,700 lebih tinggi berbanding model standard Nissan Grand Livina.

Harga atas jalan termasuk insurans, cukai, yuran pendaftaran dan pemilikan bagi Semenanjung Malaysia ialah RM97,500 (1.6 MT Comfort); RM100,500 (1.6 AT Comfort) dan RM109,500 (1.8 AT Comfort).

No comments:

Post a Comment

Berita Harian: Mutakhir

Utusan Online